PUTRAJAYA: “Ikatan perpaduan yang kukuh perlu sentiasa dipelihara walau dalam apa jua keadaan sekali pun dan ini adalah tanggungjawab kita Keluarga Malaysia secara bersama.”
Demikian ujar Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique ketika hadir pada program Semarak UNITI Keluarga Malaysia (SUKM) yang berlangsung di Anjung Floria, Presint 4 di sini pada Sabtu.
Tambah Halimah, SUKM edisi ketujuh yang berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung tersebut memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam satu kenyataan berkata, SUKM merupakan satu program perterjemahan kepada Pelan KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang dibangunkan KPN pada tahun lalu.
“Terdahulu program seumpama ini pernah dilaksanakan di lima negeri dan enam lokasi berbeza seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
“Program dengan tema ‘Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia’ ini menyasarkan penglibatan pelbagai bangsa dan telah menerima kunjungan luar biasa melebihi 3,000 orang pada hari ini,” jelasnya.
Menurut KPN, penganjuran SUKM kali ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian utama termasuk UNITI Fun Run sejauh lima kilometer yang mendapat penglibatan sehingga 2,000 peserta.
“Terdapat juga pameran Rumah KAMI yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati dan merasai sendiri keunikan adat, resam serta kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia merangkumi rumah pelbagai bangsa termasuk rumah Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.
“Terdapat juga acara Piknik Keluarga Malaysia, yang mana lebih 100 keluarga telah berkumpul di sekitar Pantai Floria Putrajaya bagi memeriahkan lagi program SUKM ini,” ujarnya.
Pengunjung turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan termasuk persembahan naga, tarian tradisional India dan Kadazan, persembahan muzik tradisional Melayu seperti canang serta lain-lain elemen permainan kebudayaan turut dipersembahkan kepada pengujung.
Pada acara sama, Halimah turut melancarkan Travelog Citarasa Menu Keluarga Malaysia yang merupakan salah satu inisiatif kementerian dalam usaha memperhebat pencarian tapak integrasi baharu yang dapat menyatupadukan masyarakat.
Haikal Raman
Sun Nov 13 2022
Mengangkat tema Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia, SUKM edisi ketujuh berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 orang pengunjung.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Ismail Sabri terharu terima titah penghargaan Agong
Ujar Ismail Sabri, perkara itu bagaimanapun bukan datang dari hasil usaha sendiri sebaliknya melibatkan kerjasama pelbagai pihak.
Ismail Sabri hargai Perdana Menteri teruskan inisiatif Keluarga Malaysia
Antara inisiatif yang diteruskan ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga Malaysia dan Bantuan Musim Tengkujuh.
Semarak UNITI Keluarga Malaysia, mekanisme terbaik satu padu bangsa Malaysia!
SUKM edisi ketujuh berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung dan memberi ruang kepada semua untuk berinteraksi dan saling mengenali.
PRU15: Rakyat sambut baik Dasar Keluarga Malaysia - Ilham Centre
Kaji selidik yang dilakukan selama tiga minggu, bermula 20 Oktober hingga 6 November itu dilakukan terhadap 1,211 responden.
Banjir: Ismail Sabri arah semua agensi bantu Keluarga Malaysia
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan JKM memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia terjejas banjir.
Kerajaan umum pembinaan 700 rumah PPR di Kepala Batas, dijual serendah RM45,000
Inisiatif Keluarga Malaysia yang bernilai RM113 juta itu melibatkan pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat di Alor Pongsu, Seberang Perai Utara.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.
Deepavali disambut meriah seperti sebelum pandemik COVID-19
Penganut agama Hindu kini dapat melakukan upacara sembahyang beramai-ramai di kuil dan menganjurkan rumah terbuka.
Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.
Banjir: Premis awam, sekolah berasrama akan digunakan sebagai PPS
Langkah tersebut sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut, dan memastikan keselesaan Keluarga Malaysia jika berdepan bencana kelak.